Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bab 3

35. Kuasa Ketua Pengarah untuk menetapkan syarat-syarat

Feedback & support

Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan syarat-syarat berkenaan dengan pemberian lesen, permit dan permit khas dan tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas boleh dengan khususnya menetapkan—

(a)

musim terbuka dan musim tutup berkenaan dengan hidupan liar yang dilindungi;

(b)

bilangan —

(i)

hidupan liar yang boleh diburu; dan

(ii)

bahagian atau terbitan hidupan liar yang boleh diambil;

(c)

kaedah atau cara mana-mana hidupan liar boleh diburu, termasuk jenis senjata atau perangkap yang hendaklah digunakan;

(d)

masa dan tempat mana-mana hidupan liar boleh diburu, atau sarang atau telur mana-mana hidupan liar boleh diambil;

(e)

kuota lesen dan permit untuk diberikan bagi —

(i)

setiap aktiviti yang dinyatakan di bawah seksyen 9

dan 10;

(ii)

setiap tahun atau musim terbuka; dan

(iii)

setiap Negeri, berkenaan dengan setiap hidupan liar yang dilindungi atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar; dan

(f)

standard kematangan hidupan liar yang boleh diburu.

Pemuliharaan Hidupan Liar 33

Report

Bahagian IV

Bahagian V

Rizab Hidupan Liar dan Kawasan Perlindungan Hidupan Liar

Bahagian VI

Pengecualian Am dan Anggapan

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules