35. Penggantian seksyen 63
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 63 dengan seksyen yang berikut:
s 63“Menjalankan urusan berniaga tanpa lesen
Mana-mana orang yang menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dikawal, tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
Undang-Undang Malaysia 24
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit.”.