Seksyen 157181
Seksyen 157181
)
Akta 136.
Natijah kegagalan merekodkan sesuatu persetujuan.
Penimbang-tara hendaklah memutuskan apabila pihak-pihak gagal bersetuju.
[Bah, III, $. 30-31]
Persetujuan hendaklah bebas dari duti setem.
48 Axta 273
perakuan oleh Pesuruhjaya bahawa dia telah mengadakan siasatan di bawah seksyen 27 dan bahawa persetujuan telah tidak dicapai.
(4)
Sesuatu permohonan yang meminta keputusan
Penimbangtara atas mana-mana persoalan bolehlah dibuat dan dikemukakan kepada Penimbangtara oleh seseorang pekerja, oleh majikan, oleh Pesuruhjaya bagi pihak seseorang pekerja atau oleh Pesuruhjaya atas usulnya sendiri, atau oleh mana-mana orang yang terkilan oleh mana-mana keputusan Pesuruhjaya di bawah seksyen 8, 10, 14 atau 15.
(5)
Sesuatu permohonan kepada Penimbangtara bagi penyelesaian mana-mana persoalan hendaklah dibuat dalam sesuatu borang dan hendaklah disertakan dengan fee, jika ada, sebagaimana yang boleh ditetapkan dan hendaklah mengandungi, sebagai tambahan kepada apa-apa butir-butir yang boleh ditetapkan dan kepada perakuan di bawah subseksyen (3), suatu pernyataan tingkas tentang hal keadaan di mana permohonan dibuat dan tentang relif atau perintah yang diminta oleh pemohon dan tentang persoalan-persoalan yang atasnya persetujuan kedua-dua telah dan belum dicapai:
Dengan syarat bahawa bayaran fee hendaklah diketepikan bila Pesuruhjaya membuat permohonan sama ada atas usulnya sendiri atau bagi pihak pekerja.
(6)
Pesuruhjaya hendaklah, atas permintaan mana-mana orang yang memohon penyelesaian sesuatu persoalan dan setelah fee yang ditetapkan dibayar, memberi kepadanya suatu salinan rekodnya bersama dengan suatu salinan mana-mana surat yang relevan dan hendaklah mengakuinya sah.
(7)
Jika dalam perjalanan sesuatu siasatan yang diadakan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 27 pekerja dan majikan dan Pesuruhjaya semuanya bersetuju atas mana-mana persoalan dan Pesuruhjaya merekodkan persetujuan itu secara bertulis, persoalan itu tidaklah boleh dikemukakan kepada Penimbangtara.