Skip to content

Seksyen 35

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 40 of 46

Seksyen 35

(1)

Bagi maksud-maksud Akta ini Pesuruhjaya dan Penimbangtara adalah mempunyai segala kuasa

Yang Dipertua Mahkamah Sesyen bagi menyaman dan memeriksa saksi-saksi dan mengendalikan sumpah atau ikrar dan bagi memaksa dikemukakan dokumen dan benda-benda material dan Pesuruhjaya dan Penim-bangtara hendaklah disifatkan sebagai mahkamah sivil bagi segala maksud seksyen 129 dan Bab XXXIV

Kanun Acara Jenayah.

(1A)

Penimbangtara boleh berkenaan dengan mana-mana orang tanggungan atau yang dikatakan orang tanggungan yang tidak berada dalam Malaysia, bersetuju menerima sebagai keterangan perakuan suatu pihak berkuasa kompeten yang memegang kedudukan yang setara dengan Pesuruhjaya, yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pampasan pekerja yang berkuat-kuasa di negara atau wilayah di mana orang tanggungan atau yang dikatakan orang tanggungan itu bermastautin:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung di sini boleh menghalang Penimbangtara daripada mempertimbangkan apa-apa keterangan lain tentang kewujudan orang tanggungan dan takat tanggungan.

(2)

Pesuruhjaya atau Penimbangtara hendaklah membuat suatu memorandum ringkas tentang isi keterangan tiap-tiap saksi ketika pemeriksaan saksi berjalan, dan memorandum itu hendaklah di-tandatangani oleh Pesuruhjaya atau Penimbangtara itu sendiri dan hendaklah menjadi sebahagian daripada tekod:

Dengan syarat bahawa keterangan mana-mana saksi perubatan hendaklah diambil seboleh-bolehnya perkataan demi perkataan.

Kuasa

Pesuruhjaya dan Penim-bangtara.

[Diubahsuai

157/81.]