Skip to content

Seksyen 34

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 39 of 46

Seksyen 34

(1)

Jika mana-mana perkara adalah di bawah Akta ini dikehendaki dilakukan oleh atau di hadapan

Penimbangtara, perkara itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini dan kepada mana-mana Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya, dilakukan oleh atau di hadapan Penimbang-tara bagi kawasan di mana kemalangan yang meng-akibatkan kecederaan berlaku:

Dengan syarat bahawa, jika pekerja itu seorang kelasi, mana-mana perkara sedemikian bolehlah dilakukan oleh atau di hadapan Penimbangtara bagi kawasan di mana tuanpunya atau ejen kapal itu bermastautin atau menjalankan perniagaan.

(2)

Jika seseorang pegawai yang diletakhak dengan segala kuasa yang diberi dan tugas-tugas yang dikenakan ke atas Pesuruhjaya oleh Akta ini berpuas hati oleh mana-mana pihak kepada mana-mana prosiding di hadapannya di bawah Akta ini bahawa perkara itu boleh dengan lebih mudah diuruskan oleh mana-mana pegawai lain sedemikian, sama ada dalam

Negeri yang sama atau tidak, maka dia boleh, tertakluk kepada Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, memerintahkan perkara itu dipindahkan kepada pegawai lain sedemikian sama ada bagi laporan atau bagi penyelesaian, dan, jika dia berbuat demikian, hendaklah dengan serta-merta menghantar kepada pegawai lain sedemikian segala dokumen yang relevan terhadap keputusan perkara itu dan, jika perkara itu dipindahkan bagi penyelesaian, hendaklah juga menghantar dengan cara yang ditetapkan apa-apa wang atau sekuriti yang masih berada dalam tangannya atau dipegang olehnya bagi faedah mana-mana pihak kepada prosiding itu.

(3)

Pegawai lain sedemikian yang kepadanya mana-mana perkara dipindahkan sedemikian hendaklah, tertakluk kepada Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menyiasat ke dalamnya dan, jika perkara itu dipindahkan bagi penyelesaian, menerus-kan prosiding itu seolah-olah prosiding itu pada asalnya bermula di hadapannya.

(Bah. III, S$. 34-35]

PAMPASAN PEKERJA 51

(4)

Apabila menerima sesuatu laporan daripada pegawai yang kepadanya mana-manaperkara dipindahkan bagi laporan di bawah subseksyen (2)

pegawai yang olehnya ia dirujukkan hendaklah memutuskan perkara yang dirujukkan itu selaras dengan laporan itu.