Seksyen 32
PAMPASAN PEKERJA 49
Mana-mana kehadiran, permohonan atau tindakan yang dikehendaki dibuat atau dilakukan oleh mana-mana orang di hadapan atau kepada
Penimbangtara (selain daripada kehadiran sebagai seorang saksi) bolehlah dibuat atau dilakukan bagi pihak orang itu—
(a)
oleh seorang peguambela dan peguamcara di
Malaysia Barat atau peguambela di Sabah dan
Sarawak;
(b)
oleh seorang pegawai kesatuan sekerja atau mana-mana persatuan atau gabungan pekerja atau majikan sebagaimana yang boleh diluluskan oleh Menteri, yang diberikuasa oleh kesatuan, persatuan atau gabungan tersebut dan oleh orang yang berkenaan untuk hadir bagi pihak orang itu;
(c)
jika orang tersebut seorang pekerja, oleh
Pesuruhjaya; atau
(d)
jika orang tersebut seorang majikan, oleh seseorang dalam penggajiannya yang tetap dan eksklusif atau oleh penanggung insuransnya, atau, jika penanggung insurans itu. sebuah syarikat, oleh ejen yang diberikuasa, secara am atau spesifik di bawah meterai syarikat itu, bagi mewakili syarikat dalam prosiding sedemikian.
(2)
Jika Kerajaan adalah suatu pihak kepada mana-mana prosiding di bawah Akta ini kehadiran, permohonan atau tindakan sedemikian bolehlah dibuat oleh ketua jabatan di mana, dalam atau di bawah mana pekerja itu digaji atau oleh mana-mana pegawai jabatan itu yang diberikuasa secara bertulis oleh ketua jabatan itu atau oleh mana-mana Peguam Persekutuan.