/akn/my/act/act/1953/289

*AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1953
Sections
43
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 is Malaysia Act, cited as Act 289 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta yang berhubungan dengan penghapusan rumah perjudian terbuka, judi awam dan loteri awam. [Semenanjung Malaysia—25 Jun 1953; Sabah dan Sarawak—15 April 1992, P.U. (B) 164/1992; Wilayah Persekutuan Labuan—15 April 1992; P.U. (B) 165/1992] Tajuk ringkas

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(a)

ia boleh digunakan bagi maksud bermain permainan nasib atau permainan campuran nasib dan kemahiran; dan

Suggest a correction

(b)

akibat daripada permainan atau pengendalian mesin atau peranti, kemenangan dalam bentuk wang atau nilai wang yang boleh menjadi kena dibayar;

“Pegawai Kanan Polis” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;

“pemegang lesen”, berhubung dengan pembekalan tenaga, ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] atau pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah

Rumah Perjudian Terbuka 7

seksyen 4 Ordinan Elektrik Sarawak [Sarawak Bab 137], mengikut kehendak keadaan;

“pengendali mesin judi” ertinya mana-mana orang yang—

Suggest a correction

(a)

memiliki, menguruskan atau menyenggarakan mesin judi;

Suggest a correction

(b)

mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya suatu mesin judi; atau

Suggest a correction

(c)

dalam apa-apa cara membantu dalam pengurusan atau penyenggaraan mesin judi;

“permainan banker” ertinya apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama;

“pihak berkuasa bekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990;

“rumah perjudian terbuka” termasuklah—

Suggest a correction

(a)

mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan untuk perjudian yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses;

Suggest a correction

(b)

mana-mana tempat yang diselenggarakan untuk perjudian secara lazimnya, sama ada atau tidak orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses kepadanya;

Suggest a correction

(c)

mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam;

Suggest a correction

(d)

mana-mana tempat (termasuk tempat yang dipunyai, diduduki, dimiliki, diselenggarakan, digunakan atau disenggarakan oleh mana-mana pertubuhan atau mana-mana organisasi lain, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan itu ditubuhkan melalui atau di bawah mana-mana undang-undang)—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Suggest a correction

(i)

di mana lapan orang atau lebih sedang berjudi;

(ii)

di mana apa-apa permainan banker sedang dimainkan; atau

Suggest a correction

(iii)

di mana perjudian sedang dimainkan dan baginya bayaran dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan orang atau mana-mana orang lain sebagai balasan bagi membenarkan perjudian di tempat itu;

“Semenanjung

Malaysia”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;

“tempat’ ertinya mana-mana rumah, pejabat, bilik atau bangunan dan mana-mana tempat atau kawasan, sama ada terbuka atau tertutup, dan termasuklah sesuatu kapal, perahu atau vesel lain, sama ada terapung atau tidak, dan mana-mana kenderaan;

sesuatu tempat di mana tiket loteri ditawarkan untuk jualan, dijual atau dibahagikan hendaklah disifatkan sebagai “digunakan bagi maksud loteri awam”;

sesuatu tempat hendaklah disifatkan sebagai “digunakan” bagi sesuatu maksud jika ia digunakan bagi maksud itu walaupun hanya sekali sahaja;

tiap-tiap orang yang mendemis atau menyewakan sesuatu tempat untuk sewaan hendaklah disifatkan “pemunya” tempat itu;

ungkapan “alatan atau perkakas bagi perjudian” termasuklah semua barang atau bahagiannya yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual

Pertama dan Kedua dan semua barang yang digunakan dalam atau bagi maksud perjudian atau loteri dan semua mesin judi;

“tenaga” mempunyai erti yang diberikan kepada “elektrik” dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990 atau istilah itu dalam seksyen 2 Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan;

Rumah Perjudian Terbuka 9

“tiket loteri” termasuklah apa-apa kertas atau angka atau tulisan atau simbol atau barang lain apa jua pun yang sama ada dengan nyata atau secara termaklum memberikan hak atau berupa memberikan hak kepada pemegang atau mana-mana orang lain untuk menerima apa-apa wang atau nilaian wang apabila berlakunya apa-apa kejadian atau kontingensi yang berkaitan dengan mana-mana loteri awam.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta—

(a)

menetapkan apa-apa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam pemberitahuan itu sebagai loteri bagi maksud Akta ini dan sesudah itu adalah menjadi suatu anggapan yang tidak boleh sangkal di sisi undang-undang bahawa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan itu adalah suatu loteri bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memotong daripada, menambah kepada, atau selainnya meminda, Jadual Pertama atau Kedua.

Kacau ganggu

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap rumah perjudian terbuka dengan ini diisytiharkan sebagai suatu kacau ganggu awam dan terbuka yang bertentangan dengan undang-undang.

Seksyen 3A

Permainan tertentu tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang sedang dibicarakan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya membuktikan bahawa permainan yang dimainkan itu adalah suatu permainan banker atau salah satu daripada permainan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, tanpa membuktikan permainan tertentu yang dimainkan.

Kesalahan yang berhubungan dengan rumah perjudian terbuka

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

merupakan pemunya atau penghuni atau yang berhak menggunakan buat sementara waktu atau selainnya sesuatu tempat yang menyelenggarakan atau menggunakan tempat itu sebagai rumah perjudian terbuka;

atau

Suggest a correction

(b)

membenarkan sesuatu tempat yang tempat itu yang dia ialah pemunya atau penghuni atau yang menggunakan sesuatu tempat sebagai rumah perjudian terbuka secara sementara atau selainnya itu diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau

Suggest a correction

(c)

mempunyai jagaan atau pengurusan atau dengan apa-apa cara membantu dalam pengurusan sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau

Suggest a correction

(g)

mengumumkan atau menyiarkan atau menyebabkan diumumkan atau disiarkan sama ada secara lisan atau melalui apa-apa cetakan, tulisan, rupa bentuk, tanda atau selainnya bahawa mana-mana tempat dibuka, diselenggarakan, atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka atau dengan apa-apa cara lain mempelawa atau mengajak mana-mana orang untuk melanggar seksyen 6 atau seksyen 9; atau

Rumah Perjudian Terbuka 11

Suggest a correction

(h)

menjalankan dalam atau melalui apa-apa akhbar atau apa-apa penerbitan berkala yang lain, atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan atau jualan apa-apa barang kepada orang awam—

Suggest a correction

(i)

apa-apa pertandingan yang menawarkan hadiah bagi ramalan tentang keputusan sama ada sesuatu kejadian yang bakal berlaku atau kejadian yang sudah berlaku yang keputusannya masih belum ditentukan atau belum lagi diketahui secara amnya; atau

(ii)

apa-apa pertandingan lain yang kejayaannya tidak banyak bergantung pada penggunaan kemahiran, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan sebagai tambahan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang menghuni atau berhak menggunakan buat sementara waktu sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membenarkan tempat itu diselenggarakan atau digunakan sedemikian.

Membantu dalam menjalankan loteri awam, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 4A

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membantu dalam menjalankan sesuatu loteri awam;

*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Suggest a correction

(b)

menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa wang atau nilaian wang bagi atau berkenaan dengan apa-apa nasib dalam apa-apa kejadian atau kontingensi berkaitan dengan sesuatu loteri awam atau menjual atau menawarkan untuk jualan atau memberi atau menyerahkan atau memungut apa-apa tiket loteri;

Suggest a correction

(c)

mencabut, membuang, mengisytiharkan atau mempamerkan, secara nyata atau selainnya, pemenang atau nombor yang menang, tiket, lot, angka, rupa bentuk, simbol atau keputusan lain apa-apa loteri awam; atau

Suggest a correction

(d)

menulis, mencetak atau menyiarkan atau menyebabkan ditulis, dicetak atau disiarkan apa-apa tiket loteri atau senarai hadiah atau apa-apa pengumuman tentang keputusan sesuatu loteri awam atau apa-apa pengumuman atau teka-teki yang berhubungan dengan sesuatu loteri awam, melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.

Kesalahan yang berhubungan dengan urusan mesin judi

Suggest a correction

Seksyen 4B

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

berurusan dengan atau dalam apa-apa cara jua membuat transaksi dalam, apa-apa mesin judi atau apa-apa bahagian apa-apa mesin judi atau apa-apa kepentingan daripada apa-apa jenis dalam mana-mana mesin judi atau apa-apa bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi; atau

Suggest a correction

(b)

mengimport, mengilang, memasang, membekalkan, menjual, menyerah hak, menggadai, memajak, mengupah, memberikan perkhidmatan, membaiki, menyesuai atau mengubah suai, atau menjalankan apa-apa gabungan

Rumah Perjudian Terbuka 13

aktiviti itu yang berhubung dengan, mesin judi atau apa-apa bahagian mana-mana mesin judi atau mana-mana bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.

Mendahulukan atau memberikan wang bagi menubuhkan atau menjalankan urusan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mendahulukan atau memberikan wang bagi maksud menubuhkan atau menjalankan urusan sesuatu rumah perjudian terbuka atau bagi maksud sesuatu loteri awam atau yang mendapat keuntungan daripada penubuhan atau penjalanan urusan sedemikian melakukan sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Seksyen 6

Berjudi dalam rumah perjudian terbuka

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang didapati dalam suatu rumah perjudian terbuka atau didapati melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka apabila rumah itu dimasuki di bawah Akta ini hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai sedang atau telah berjudi di dalamnya.

*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].

**CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990

[Akta A755].

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Berjudi di tempat awam

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang berjudi di mana-mana tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan semua alatan atau perkakas bagi perjudian yang disita di bawah seksyen ini boleh diisytiharkan oleh mahkamah yang di hadapannya sabitan itu didapatkan sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa wang atau benda bernilai yang lain digunakan dalam memainkan apa-apa permainan nasib atau permainan campur nasib dan kemahiran atau dalam permainan atau pengendalian apa-apa mesin judi di mana-mana tempat awam, pemain itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai sedang atau telah berjudi.

Tafsiran

Suggest a correction

(4)

Dalam seksyen ini, ungkapan “tempat awam” termasuklah jalan awam, jalan raya, lorong, dan kawasan lapang, dan mana-mana tempat yang orang ramai ada atau boleh mendapat akses kepadanya.

*CATATAN— Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990

[Akta A755].

Rumah Perjudian Terbuka 15

Menghasut, menganjurkan atau memudahkan perjudian di tempat awam

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, atau membantu mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, mana-mana pondok, bangsal, khemah, atau bangunan atau lindungan lain apa jua pun yang di dalamnya suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7

dilakukan;

Suggest a correction

(b)

membawa kepada, atau ada dalam milikannya pada atau dekat, suatu tempat di mana suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu dilakukan, apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian; atau

Suggest a correction

(c)

berjaga-jaga untuk memberi amaran atau memberi amaran kepada orang yang melakukan suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu tentang risiko pengesanan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai menganjurkan perlakuan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7.

*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang tidaklah, semata-mata oleh sebab bahawa dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7, boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

Membeli tiket loteri

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang dalam milikannya sesuatu tiket loteri didapati hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai telah membeli tiket loteri itu.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap tiket loteri yang dibawa atau diperkenalkan ke dalam atau berada di dalam Persekutuan hendaklah dilucuthakkan kepada

Kerajaan dan ia adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis atau pekhidmat awam yang lain untuk menyita tiap-tiap tiket sedemikian di mana jua didapati.

Wang yang dibayar boleh didapatkan kembali

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa wang atau nilaian wang yang dibayar atau didepositkan bagi atau berkenaan dengan apa-apa kejadian atau kontingensi sedemikian seperti yang disebut terdahulu atau bagi atau berkenaan dengan pembelian tiket loteri hendaklah boleh didapatkan kembali sebagai wang yang diambil dan diterima untuk atau bagi kegunaan orang yang daripadanya wang atau nilaian wang itu telah diterima.

*CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990

[Akta A755].

Rumah Perjudian Terbuka 17

Anggapan terhadap orang yang menjual tiket loteri, dsb.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjual, menawarkan untuk jualan, memberikan, menyerahkan atau memungut tiket loteri; atau

Suggest a correction

(c)

didapati memiliki apa-apa akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan sesuatu loteri; atau

Suggest a correction

(d)

didapati memiliki suatu “papan tikam”, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang didapati di dalam atau melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.

Suggest a correction

(3)

Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ialah tiket loteri bagi mana-mana loteri awam atau ialah akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan mana-mana loteri awam, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa dokumen sedemikian ialah tiket loteri bagi loteri awam itu atau akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan loteri awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Suggest a correction

(4)

Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa barang ialah alatan atau perkakas bagi perjudian, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang itu ialah alatan atau perkakas bagi perjudian.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (3)

atau (4) hendaklah, jika pihak pendakwa bercadang hendak memberikannya sebagai keterangan, disampaikan kepada tertuduh itu tidak kurang dari empat belas hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu dan perakuan itu hendaklah boleh diterima tanpa kehadiran pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki sedemikian—

(b)

oleh tertuduh, yang dalam hal itu tertuduh hendaklah memberikan Pendakwa Raya suatu notis secara bertulis tidak kurang dari tujuh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta melantik mana-mana orang sama ada seorang pegawai awam ataupun tidak untuk menjadi seorang pakar perjudian berkenaan dengan mana-mana atau kesemua permainan.

Jualan tiket loteri tidak sah

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap jualan atau kontrak bagi jualan tiket loteri dengan ini diisytiharkan sebagai tidak sah dan tiada tindakan boleh disenggarakan oleh mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana jualan atau kontrak sedemikian kecuali oleh pembeli bagi pemulangan wang atau balasan lain (jika ada) yang dibayar mengenainya.

Rumah Perjudian Terbuka 19

Seksyen 13

Tanggungjawab majikan dan mandur

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja seperti yang disebut terdahulu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dalam kehadiran mana-mana mandur, kepala atau orang lain yang mempunyai kuasa ke atasnya bagi maksud pekerjaan itu, maka mandur, kepala atau orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu dan untuk memastikan penghapusannya yang berkesan.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengecualikan mana-mana orang daripada liabiliti kepada apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

bagi apa-apa kesalahan di bawahnya yang dibuktikan telah dilakukan olehnya.

Suggest a correction

(4)

Tiada pendakwaan mana-mana majikan, mandur, kepala, atau orang lain di bawah seksyen ini boleh dimulakan kecuali dengan kuasa Pendakwa Raya.

Penangkapan oleh majikan

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(1)

Apabila mana-mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 13 sebagai tertakluk kepada peruntukan seksyen itu didapati melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini di mana-mana tempat yang dipunyai atau diduduki oleh majikannya, dia dan semua orang lain yang didapati menyubahati kesalahan itu, boleh ditangkap tanpa waran oleh majikannya atau dalam masa ketiadaan majikan itu oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh majikan itu untuk menguruskan tempat itu.

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu diserahkan kepada seorang pegawai polis atau dibawa ke balai polis yang terdekat untuk penahanan sehingga dia boleh dibawa ke hadapan seorang

Majistret.

Kuasa untuk memasuki premis

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai polis yang secara amnya atau khasnya diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis bolehlah pada waktu malam atau siang memasuki mana-mana tempat di mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 13 sebagai tertakluk kepada seksyen itu tinggal atau bekerja.

Rumah Perjudian Terbuka 21

Seksyen 15A

Penutupan premis

Open as pageSuggest a correction

Jika Ketua Polis Daerah mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana premis atau mana-mana bahagian apa-apa premis telah digunakan bagi maksud perjudian, dia boleh dengan serta-merta mengambil langkah yang difikirkan perlu untuk menutup premis atau mana-mana bahagian premis itu.

Seksyen 16

Waran geledah terhadap premis

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua alatan atau perkakas bagi perjudian, wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang didapati dalam sesuatu rumah perjudian terbuka atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau yang melarikan diri darinya dan yang Majistret berpendapat telah digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

apa-apa permainan atau loteri hendaklah diisytiharkan olehnya sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya.

Pelucuthakan mesin judi yang disita

Suggest a correction

Seksyen 16A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana mesin judi yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan mesin judi hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa mesin judi itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun boleh disabitkan dengan kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa mesin judi yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, mesin judi itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya mesin judi itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan mesin judi itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan pada mesin judi dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mesin judi yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Ketua Polis Daerah bahawa dia menuntut mesin judi itu.

Rumah Perjudian Terbuka 23

Suggest a correction

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,

Ketua Polis Daerah hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Majistret untuk diputuskan.

Suggest a correction

(6)

Majistret yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mesin judi itu dan orang yang daripadanya ia disita, untuk hadir di hadapan Majistret dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa mesin judi itu merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya mesin judi itu dilucuthakkan dan hendaklah jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya mesin judi itu dilepaskan.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana mesin judi yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada Ketua Polis Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

Suggest a correction

(8)

Ketua Polis Daerah tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerosakan, walau apa pun sebabnya, kepada mesin judi yang disita di bawah Akta ini.

Waran periksa terhadap orang

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis apabila berpuas hati atas maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian berkemungkinan didapati pada mana-mana orang boleh melalui waran yang ditandatanganinya memerintahkan mana-mana pegawai polis untuk menangkap dan memeriksa orang itu, atau boleh melalui waran yang ditandatanganinya memerintahkan mana-mana orang yang dinamakan itu dalamnya untuk menangkap orang itu dan membawanya dengan segera ke hadapan mana-mana Majistret atau

Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis yang hendaklah dengan itu

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

menyebabkan orang itu diperiksa di hadapannya dan jika apa-apa alatan atau perkakas sedemikian didapati pada orang itu dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang.

Seksyen 18

Kemasukan dan pemeriksaan oleh Majistret atau pegawai kanan polis

Open as pageSuggest a correction

(1)

Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis boleh sendirinya melakukan apa yang dia boleh di bawah seksyen 16 dan 17 memberi kuasa seseorang pegawai polis untuk melakukan apabila Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis itu kompeten untuk mengeluarkan waran di bawah seksyen itu masing-masingnya dan juga dalam mana-mana hal yang berikut, iaitu–

(a)

jika mana-mana orang telah dalam masa enam bulan yang terdahulu disabitkan kerana menyelenggarakan atau menggunakan tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu sebagai rumah perjudian terbuka; atau

Suggest a correction

(b)

jika tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu diduduki oleh sesuatu kelab atau pertubuhan dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa perjudian lazimnya dijalankan di situ; atau

Suggest a correction

(c)

jika dia mempunyai pengetahuan sendiri akan fakta dan hal keadaan yang memuaskan hatinya bahawa terdapat alasan yang mencukupi bagi penggeledahan atau pemeriksaan di bawah seksyen itu masing-masingnya; atau

Suggest a correction

(d)

jika dia menerima maklumat yang dikehendaki itu secara lisan dan sama ada atas sumpah ataupun tidak atas sumpah dalam hal keadaan yang, pada pendapatnya, tujuan penggeledahan atau pemeriksaan itu akan gagal melalui kelengahan yang perlu bagi menurunkan maklumat itu secara bertulis:

Rumah Perjudian Terbuka 25

Dengan syarat bahawa dalam hal yang terakhir ini nama dan alamat orang yang memberi maklumat itu diketahui atau ditentukan oleh Majistret atau Jaksa Pendamai atau Pegawai

Kanan Polis itu sebelum dia bertindak atas maklumat itu.

Maklumat palsu

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Sesiapa jua yang dalam memberi maklumat lisan itu membuat sesuatu pernyataan yang dia mengetahui atau mempercayai adalah palsu atau tidak mempercayai adalah benar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua belas bulan.

Anggapan terhadap rumah dan penghuni

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Jika apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian didapati di mana-mana tempat yang dimasuki di bawah Akta ini atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau jika orang dilihat atau didengar melarikan diri daripadanya apabila tempat itu didekati atau dimasuki oleh seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis atau jika seseorang pegawai polis atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa di bawah Akta ini untuk memasuki atau pergi ke tempat itu dengan menyalahi undang-undang dihalang daripada atau digalang atau dilengahkan untuk memasuki atau mendekati tempat itu atau mana-mana bahagiannya, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa tempat itu ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia diselenggarakan atau digunakan sedemikian oleh penghuninya.

Seksyen 20

Anggapan terhadap rumah, penghuni dan pemunya

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bilamana ia sampai kepada pengetahuan Ketua Pegawai Polis bahawa mana-mana tempat dilengkapkan atau disediakan dengan mana-mana daripada cara atau perekaan yang disebut dalam seksyen ini dengan sedemikian cara yang membawa kepada anggapan bahawa tempat itu digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud rumah perjudian terbuka, menjadi kewajipan Ketua Pegawai Polis untuk menyebabkan notis mengenainya disampaikan kepada pemunya tempat itu dan juga kepada penghuninya; dan jika mana-mana notis sedemikian tidak boleh disampaikan ke diri ia bolehlah disampaikan dengan ditampalkan pada pintu luar utama atau mana-mana pintu luar atau tingkap atau mana-mana bahagian yang mudah dilihat di tempat itu.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap penyewa yang menerima notis di bawah seksyen ini hendaklah dengan segera memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu tentang penerimaan notis itu, dan orang itu hendaklah mengikut cara yang serupa memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu, dan begitulah seterusnya sehingga notis itu dibawa kepada pengetahuan pemunya, tiap-tiap penyewa bertanggungjawab untuk membawa notis itu kepada pengetahuan pemberi sewanya yang terdekat; dan mana-mana penyewa yang enggan atau tidak menyebabkan diketahui oleh pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu fakta bahawa notis sedemikian telah diterima melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Rumah Perjudian Terbuka 27

Liabiliti pemegang jawatan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 20A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pemegang jawatan, pengarah, pekongsi dan mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, syarikat atau firma itu boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam perlakuan kesalahan itu.

Perintah bagi merobohkan perekaan struktur yang memudahkan perjudian

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Bilamana adalah ternyata kepada Majistret atas perbicaraan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini bahawa tempat yang di dalamnya atau yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia dilengkapkan dengan atau mempunyai mana-mana daripada cara atau perekaan yang disebut dalam seksyen yang akhir terdahulu itu, dia hendaklah memerintahkan perobohan dan pemusnahan mana-mana antaranya yang terdiri daripada tangga, pintu, dinding sekat, tangga panjat, papan, pelantar, tiang, pagar tonggok, bar, bolt dan benda lain yang ternyata kepadanya telah didirikan atau dibina khas bagi maksud memudahkan penjalanan perjudian di premis itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Seksyen 21A

Pemotongan bekalan tenaga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat di bawah dan mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 atau

Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan.

Suggest a correction

(3)

Apabila bekalan tenaga ke mana-mana premis telah dipotong di bawah subseksyen (1), bekalan tenaga tidak akan disambung semula ke premis itu oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen tanpa kebenaran bertulis daripada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa.

Suggest a correction

(4)

Suatu penyambungan semula bekalan tenaga kepada mana-mana premis di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan di bawah dan mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 atau

Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan.

Perlindungan pemberi maklumat

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang ada sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil

Rumah Perjudian Terbuka 29

atau jenayah apa jua pun mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada penzahirannya, mahkamah atau Majistret hendaklah menyebabkan semua petikan sedemikian disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada dizahirkan tetapi tidak lebih daripada itu.

Suggest a correction

(3)

Jika atas perbicaraan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini

Majistret setelah membuat siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat suatu pernyataan material dalam maklumatnya yang dia ketahui atau percayai adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah atau Majistret berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan sepenuhnya antara pihak-pihak di dalamnya tanpa menzahirkan pemberi maklumat, ia adalah sah bagi mahkamah atau Majistret untuk menghendaki pengemukaan maklumat asal itu dan untuk membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Perlindungan pegawai, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 22A

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen atau mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang dilakukan atau yang berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan mana-mana pegawai yang diberikan kuasa sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

dengan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dikehendakinya.

Pesalah sebagai saksi bagi pihak pendakwa

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang sedemikian yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama seperti saksi-saksi yang enggan sedemikian boleh menurut undang-undang diperlakukan oleh Majistret.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki sedemikian supaya memberi keterangan yang hendaklah, pada pendapat Majistret, membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah adalah berhak menerima suatu perakuan yang ditandatangani oleh Majistret yang menyatakan bahawa dia telah, pada pendapat Majistret, membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang tentangnya dia telah diperiksa, dan perakuan sedemikian menjadi suatu halangan ke atas semua prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua perkara sedemikian seperti yang disebut terdahulu.

Ejen untuk mendapatkan keterangan

Suggest a correction

Seksyen 23A

Walau apa pun apa-apa kaedah undang-undang atau peruntukan

Open as pageSuggest a correction

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mana-mana orang atau ejen yang didapati berjudi bersama dengan orang yang dipertuduh bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh dianggap sebagai tidak layak dipercayai semata-mata oleh sebab dia mengaku menyubahati perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini jika persubahatannya atau percubaannya untuk bersubahat atau penyertaannya dalam

Rumah Perjudian Terbuka 31

perjudian itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang yang dipertuduh bagi kesalahan itu.

Seksyen 24

Perbicaraan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, mahkamah boleh merujuk, bagi maksud keterangan kepada buku “Gambling Games in

Malaya” oleh C.T. Dobree, dan kepada mana-mana buku atau rencana lain yang diterbitkan mengenai perkara perjudian menyalahi undang-undang yang mahkamah berpendapat ialah autoriti mengenai perkara yang dimaksudkan olehnya itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa hukuman yang diberi kuasa oleh Akta ini boleh dikenakan oleh Mahkamah Majistret, walaupun ia melebihi hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah itu secara lazimnya.

Mengikat jamin atas sabitan kedua

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang yang telah disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 4 atau 4B disabitkan lagi dengan kesalahan yang sama atau mana-mana kesalahan lain di bawah seksyen itu, Majistret boleh, sebagai tambahan kepada hukuman yang diperuntukkan oleh seksyen itu, membuat suatu perintah menghendakinya supaya memberi jaminan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun oleh seorang penjamin atau lebih bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan terhadap Akta ini dan tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah dibuat dengan seberapa hampir yang boleh mengikut cara yang sama dan hendaklah mempunyai kesan dan akibat yang sama seolah-olah ia ialah suatu perintah untuk memberi jaminan bagi berkelakuan baik di bawah seksyen 74 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Seksyen 26

Hadiah kepada pemberi maklumat

Open as pageSuggest a correction

Majistret boleh mengarahkan apa-apa denda atau mana-mana bahagian apa-apa denda yang dikenakan di bawah Akta ini supaya dibayar kepada pemberi maklumat.

Seksyen 27

Kecualian

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa loteri yang dibenarkan atau dilesenkan di bawah peruntukan *Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan

Kebajikan 1950-1962 [Akta 252] atau Akta Loteri 1952 [Akta 288]

atau apa-apa ambil tagan yang dianjurkan oleh sesuatu kelab lumba kuda yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atas keputusan sesuatu perlumbaan kuda dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai perjudian atau loteri hendaklah disifatkan tidak termasuk sebutan mengenai apa-apa bentuk perjudian atau mengenai apa-apa loteri yang dibenarkan atau dilesenkan sedemikian.

Seksyen 27A

Kuasa untuk melesenkan penganjuran dan pengelolaan perjudian oleh sesuatu syarikat

Open as pageSuggest a correction

atau mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perjudian, pertaruhan atau loteri, Menteri Kewangan boleh, menurut budi bicaranya, melalui lesen membenarkan sesuatu syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], selain syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 4(1) Akta itu, untuk menganjurkan dan mengelolakan perjudian—

(a)

berkenaan dengan apa-apa permainan atau permainan-permainan;

Suggest a correction

(b)

di mana-mana premis;

*CATATAN—Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252]

telah dimansuhkan oleh Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran)

1991 [Akta 470] —lihat seksyen 3 Akta 470.

Rumah Perjudian Terbuka 33

Suggest a correction

(c)

tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi dan duti; dan

Suggest a correction

(d)

tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu, bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan; dan mana-mana lesen yang dikeluarkan sedemikian boleh, menurut budi bicaranya, diperbaharui oleh Menteri

Kewangan, dari semasa ke semasa, bagi tempoh yang setiap satunya tidak melebihi tiga bulan, dan pada membuat mana-mana pembaharuan sedemikian Menteri Kewangan boleh meminda, menambah kepada atau memotong daripada mana-mana peruntukan dalam, atau mana-mana fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan, atau mana-mana terma dan syarat dalam, lesen yang terdahulu itu.

Suggest a correction

(2)

Menteri Kewangan boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1), atau meminda, menambah kepada atau memotong daripada mana-mana peruntukan dalam, atau mana-mana fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan, atau mana-mana terma dan syarat dalam, mana-mana lesen sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan atau terma dan syarat sesuatu lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan Akta Duti Pertaruhan dan Ambiltagan 1948

[Akta 201] tidaklah terpakai bagi fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan sesuatu lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1), kecuali bahawa seksyen 5 Akta itu hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi fi dan duti sedemikian.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Pemansuhan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dengan ini dimansuhkan.

Rumah Perjudian Terbuka 35

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 2]

PERMAINAN BANKER

(1)

Permainan

(2)

Perkakas

1. PAI KOW

(a)

Suatu set 32 domino

(b)

Suatu meja pai kow

(c)

Dais

(d)

Penanda banker

(e)

Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa

2. BELANGKAS

(a)

Suatu gasing bersegi empat, yang muka seginya masing-masing mengandungi ukiran─

(i)

seekor ketam besar

(ii)

sekuntum bunga atau bintang

(iii)

seekor ikan

(iv)

seekor udang

(b)

Suatu papan pertaganan yang ditandakan dengan empat segi empat bujur untuk bersamaan dengan empat muka segi gasing itu

(c)

Suatu piring atau pinggan kecil yang di dalamnya gasing itu dipusing

(d)

Suatu mangkuk kecil atau barang yang serupa untuk menutup gasing itu semasa berpusing

3. CHAP JEE KEE

(a)

Dua belas kepingan Chap Jee Kee

(6 bertanda dengan merah 6 dengan hitam) atau set dua belas kad “Soo

Sik”, setiap kad bersamaan dengan satu kepingan

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(1)

Permainan

(2)

Perkakas

(b)

Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan dua belas huruf

Chap Jee Kee

(c)

Suatu kotak kecil dengan tudung buka-tutup

4. FAN TAN

(a)

Suatu kuantiti butang, manik, biji atau benda yang serupa

(b)

Suatu papan pertaganan daripada kertas, logam atau kayu yang bertanda dengan angka 1, 2, 3 dan 4

(c)

Suatu penutup kecil

(d)

Suatu batang kayu buluh atau peranti yang serupa bagi mengira butang, manik, biji atau benda yang serupanya itu

5. ROULETTE

(a)

Roda Roulette

(b)

Bola Roulette

(c)

Papan pertaganan Roulette

6. PEK BIN

(a)

Suatu gasing kecil bersegi lapan dengan 8 huruf yang berlainan diukir pada muka segi gasing itu

(b)

Suatu papan pertaganan yang bertanda mengikut lukisan rajah pada gasing bersegi lapan itu

(c)

Suatu piring atau pinggan kecil yang di dalamnya gasing itu dipusing

(d)

Suatu mangkuk kecil atau barang yang serupa untuk menutup gasing itu semasa berpusing

7. HOO HEY HOW

(a)

3 dais bersegi enam, setiap satunya dengan muka segi yang masing-Rumah Perjudian Terbuka 37

(1)

Permainan

(2)

Perkakas masing mengandungi ukiran─

(i)

seekor ikan

(ii)

seekor udang

(iii)

seekor ketam besar

(iv)

sekuntum bunga

(v)

seekor rama-rama

(vi)

seorang perempuan cantik

(b)

Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan enam segi empat sama yang bersamaan dengan dais

(c)

Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa

8. DADU BELANGKAS MATA

(a)

Suatu gasing bersegi enam, yang muka seginya berwarna hitam dan merah berselang-seli dan mengandungi ukiran─

(i)

satu mata dadu-hitam

(ii)

seekor ikan-merah

(iii)

dua mata dadu-hitam

(iv)

seekor ketam besar-merah

(v)

tiga mata dadu-hitam

(vi)

seekor udang-merah

(a)

Suatu piring atau pinggan yang di dalamnya gasing itu dipusing

(b)

Suatu mangkuk kecil atau barang yang serupa untuk menutup gasing itu semasa berpusing

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(1)

Permainan

(2)

Perkakas

(c)

Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan keenam-enam simbol gasing itu

9. DADU KATAK ULAR atau DADU

KODOK ULO

(b)

Suatu gasing bersegi lapan, yang muka seginya berwarna dengan merah dan hitam dan mengandungi ukiran─

(i)

seekor ayam jantan-merah

(ii)

empat mata dadu-merah

(iii)

seekor katak-hitam

(iv)

tiga mata dadu-hitam

(v)

seekor lipan-merah

(vi)

lima mata dadu-merah

(vii)

seekor ular-hitam

(viii)

enam mata dadu-hitam

(c)

Suatu piring dan suatu cawan atau bekas yang serupa

(d)

Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan kelapan-lapan simbol gasing itu

10. DADU MUKA ENAM

(a)

Suatu gasing bersegi enam dengan muka seginya diukir atau ditanda dengan mata dadu satu hingga enam dalam bilangannya

(b)

Suatu piring dan suatu cawan atau bekas yang serupa

(c)

Suatu papan pertaganan yang ditandakan supaya bersamaan dengan keenam-enam muka segi gasing itu

11. SEE KEE YAH atau DAUN

EMPAT

(a)

Empat kepingan gading atau tulang yang diukir dengan angka 1, 2, 3 dan 4 masing-masing

Rumah Perjudian Terbuka 39

(1)

Permainan

(2)

Perkakas

(b)

Suatu kotak kecil dengan tudung buka tutup yang cuma cukup besar untuk menempatkan satu kepingan

(c)

Set empat kad yang ditandakan supaya bersamaan dengan keempat-empat kepingan yang digunakan

12. TAI SAI

(a)

Papan pertaganan Tai Sai

(b)

Tiga dais

(c)

Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa

13. YEW YEE SAM

(a)

Tiga dais

(b)

Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa

14. TA KAI

(a)

Enam dais

(b)

Suatu mangkuk

15. SEK POH

(a)

Tiga dais

(b)

Suatu papan pertaganan Sek Poh

(c)

Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa

16. SEK CHAI TAN atau KOK KOK

(a)

Tiga dais

(b)

Suatu papan pertaganan

(c)

Suatu piring dan suatu cawan atau bekas yang serupa

17. LUK KOW

(a)

Tiga dais

(b)

Suatu mangkuk

(c)

Suatu penutup

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(1)

Permainan

(2)

Perkakas

18. SEPAT

(a)

Empat dais

(b)

Suatu mangkuk

(c)

Suatu penutup

19. PAKAU atau KAD 3 atau SAM

CHEONG atau DAUN TIGA

Kad permainan

20. BLACK JACK atau DUA PULUH

SATU

Kad permainan

21. POH atau LIEN POH atau

EWOK atau POK

(a)

Suatu meja

(b)

Suatu papan pertaganan

(c)

“Poh Kam” (Tudung Poh Kam)

yang merupakan suatu kotak tegak dengan tudung buka – tutup dalam dua keping yang dibuat daripada tembaga kuning jati

(d)

“Poh”, yang merupakan suatu kiub yang dibuat daripada tulang atau kayu yang mengandungi dua huruf

Cina dalam merah dan hitam pada setiap satu muka segi enamnya

22. BACARAT

(a)

Kad permainan

(b)

Suatu papan pertaganan

23. TING TONG

Dua duit syiling yang serupa

24. FRENCH BULL atau BOLEK

GOLEK

(a)

Suatu papan pertaganan

(b)

Suatu bola getah kecil atau benda yang serupa

(c)

Suatu dulang bernombor yang mempunyai nombor 0 hingga 9

25. TAU NGAU

Kad permainan

Rumah Perjudian Terbuka 41

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 2]

PERMAINAN LAIN

(1)

Permainan

(2)

Perkakas

1. POKER atau PHEY atau PAIR

Kad permainan

2. JIN RUMMY

Kad permainan

3. RUSSIAN POKER atau SAP SUM

CHEONG atau KAD TIGA BELAS

Kad permainan

4. TAN

Kad permainan

5. TIEW YEE atau PANCING IKAN atau MERAH HITAM

Kad permainan

6. MAIN TEROPE

Kad permainan

7. RACE

Kad permainan

8. TAU NGAU

Kad permainan

9. MINTA DAUN

Kad permainan

10. MAIN CABUT atau MAIN

COLEK atau ANGKAT TURUN

Kad permainan

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Seksyen 28]

No.

Tajuk

N.S. Bab 30 .. .. ..

Ordinan Rumah Perjudian Terbuka

N.M.B. Bab 47 .. ..

Enakmen Rumah Perjudian Terbuka

Enakmen Johor No. 37 ..

Enakmen Rumah Perjudian Terbuka

Enakmen Kedah No. 2 tahun 1337 .. .. .. .. ..

Enakmen No. 21 (Rumah Perjudian

Terbuka)

Enakmen Terengganu No. 2 tahun 1348 .. .. .. .. ..

Enakmen Rumah Perjudian Terbuka 1348

Enakmen Perlis No. 11 tahun 1337 .. .. .. .. ..

Enakmen Rumah Perjudian Terbuka 1337

Enakmen Kelantan No. 14 tahun 1930 .. .. .. .. ..

Enakmen Perjudian dan Hiburan

Yang Dilarang 1930

40

Akta 289

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.T.M. Ord 60/

1956

Ordinan Majlis Lantikan Negeri-Negeri

Selat (Pertukaran Nama) 1956 01-09-1956

L.N. 332/1958

Perintah Perlembagaan Persekutuan

(Ubah Suaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958

13-11-1958

Akta 9/1959

Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan)

1959

31-12-1959

Akta 44/1965

Akta Kelab Lumba Kuda (Ambil Tagan

Awam) 1965 01-08-1965

Akta 29/1966

Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan)

1966 14-04-1966

Akta 17/1967

Akta Kelab Lumba Kuda (Ambil Tagan

Awam) (Pindaan) 1967

06-04-1967

Akta A56

Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan)

1971 30-04-1971

P.U. (A)

113/1977

Perintah Wilayah Persekutuan (Ubah

Suaian Ordinan Rumah Perjudian 1953)

1977 01-02-1974

Akta 160

Akta A577

Akta A755

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975

Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan)

1984

Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan)

1990

29-08-1975

20-01-1984

23-02-1990

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1096

Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan)

2001

01-12-2001

41

Akta 289

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A577

Akta A1096 20-01-1984 01-12-2001

3A

Akta A577 20-01-1984

4

Akta A577

Akta A755

Akta 1096 20-01-1984 23-02-1990 01-12-2001

4A

Akta A755 23-02-1990

4B

Akta A1096 01-12-2001

5

Akta A577

Akta A755 20-01-1984 23-02-1990

6

Akta A577

Akta A755

20-01-1984 23-02-1990

7

Akta A577

Akta A755

Akta A1096 20-01-1984 23-02-1990 01-12-2001

8

Akta A577

Akta A755 20-01-1984 23-02-1990

9

Akta A577

Akta A755

20-01-1984 23-02-1990

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

11

Akta A577

Akta A1096 20-01-1984 01-12-2001

15A

Akta A1096 01-12-2001

16

Akta A577 20-01-1984

16A

Akta A1096 01-12-2001

17

Akta A577 23-02-1990

20A

Akta A577 20-01-1984

21A

Akta A1096 01-12-2001

22A

Akta A1096 01-12-2001

23A

Akta A577 20-01-1984

24

Akta 9/1959 31-12-1959

25

Akta A1096 01-12-2001

27

Akta A56 30-04-1971

28

Akta A577 20-01-1984

Common questions

What is COMMON GAMING HOUSES ACT 1953?
*AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 is Malaysia Act, cited as Act 289 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
Is COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 still in force?
Yes — COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 is currently in force.
When did COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 take effect?
COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 was first recorded in 1953.
How many sections does COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 have?
COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 contains 38 sections.
Where can I read the official version of COMMON GAMING HOUSES ACT 1953?
The official text of COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 (No. 289) | mylaw.my