/akn/my/act/act/2019/822

AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2019
Sections
26
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 is Malaysia Act, cited as Act 822 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, penyelarasan operasi bersepadu yang berhubungan dengan jenayah kewangan dalam kalangan Entiti Kerajaan dan agensi penguat kuasa dan pengurusan sistem data berpusat, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 822

AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH

KEWANGAN NASIONAL 2019

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 822

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“agensi penguat kuasa” termasuklah mana-mana jabatan bagi mana-mana kementerian, badan atau agensi yang pada masa ini diberi kuasa penguatkuasaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan jenayah kewangan;

“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“Entiti Kerajaan” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau sebaliknya;

“Jawatankuasa Eksekutif” ertinya Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan di bawah subseksyen 10(1);

“jenayah kewangan” ertinya kesalahan yang disenaraikan dalam

Jadual;

“Ketua Pengarah” dan “Timbalan Ketua Pengarah”

ertinya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) dan (2) masing-masing;

“Lembaga Penasihat” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah subseksyen 5(1).

Bahagian II

Bahagian II

PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL

Suggest a correction

Penubuhan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional

Seksyen 3

Suatu pusat bernama “Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Open as pageSuggest a correction

Nasional” ditubuhkan.

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 7

Seksyen 4

Fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional

Open as pageSuggest a correction

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menyelaras dan bekerjasama dalam operasi bersepadu dengan agensi penguat kuasa dalam perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan dan untuk menasihati agensi penguat kuasa dalam perkara yang berkaitan;

Suggest a correction

(b)

untuk menubuhkan, mentadbir dan menyenggara suatu sistem data berpusat yang berhubungan dengan jenayah kewangan bagi menyediakan sokongan untuk operasi bersepadu dan untuk menghantar maklumat dalam sistem data berpusat kepada Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa lain; dan

Suggest a correction

(c)

untuk melaksanakan aktiviti yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

LEMBAGA PENASIHAT

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(c)

tidak lebih daripada lima orang anggota sebagaimana yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

Perdana Menteri.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 822

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat

Perdana Menteri, melantik Pengerusi Lembaga Penasihat atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.

Suggest a correction

(4)

Pengerusi Lembaga Penasihat hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu dia layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

Suggest a correction

(5)

Anggota Lembaga Penasihat lain yang dilantik di bawah perenggan (2)(c) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu mereka adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatan mereka.

Suggest a correction

(6)

Dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan Pengerusi Lembaga Penasihat dan anggota lain di bawah perenggan (2)(c), Perdana Menteri hendaklah mengambil kira—

(b)

kelayakan akademik, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perkara perbankan, ekonomi, kewangan, pengurusan aset, percukaian, pendakwaan, penyiasatan, undang-undang atau perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perdana Menteri; dan

Suggest a correction

(c)

kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Lembaga Penasihat hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri.

Pembatalan dan peletakan jawatan anggota Lembaga Penasihat

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi Lembaga Penasihat dan anggota lain yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(c) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 7

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

dia telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;

Suggest a correction

(c)

dia terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau

Suggest a correction

(d)

dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya.

Penzahiran kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga Penasihat yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga Penasihat mengenai perkara itu; dan

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 822

Suggest a correction

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum

Lembaga Penasihat semasa perkara itu sedang dibincangkan atau diputuskan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota Lembaga Penasihat yang gagal menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Tiada tindakan atau keputusan Lembaga Penasihat boleh menjadi tidak sah atas alasan pelanggaran oleh seorang anggota di bawah subseksyen (3).

Fungsi Lembaga Penasihat

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Lembaga Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek yang berhubungan dengan jenayah kewangan;

Suggest a correction

(b)

untuk menasihati Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional mengenai hala tuju dan perancangan strategiknya;

Suggest a correction

(c)

untuk menimbang teliti dan membuat keputusan atas syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan; dan

Suggest a correction

(d)

untuk memudah cara kerjasama antara Pusat Pencegahan

Jenayah Kewangan Nasional, Entiti Kerajaan dan agensi penguat kuasa bagi pencegahan jenayah kewangan.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa Eksekutif hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(b)

Timbalan Ketua Pengarah sebagai Timbalan Pengerusi;

Suggest a correction

(d)

mana-mana pengarah siasatan atau pengarah siasatan pengubahan wang haram daripada agensi penguat kuasa, atau pegawai lain yang sama kedudukan bagi mana-mana

Entiti Kerajaan yang lain sebagaimana yang dilantik oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pelantikan yang dibuat di bawah perenggan (2)(d) oleh

Ketua Pengarah hendaklah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa Eksekutif hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri.

Suggest a correction

(5)

Jawatankuasa Eksekutif boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya untuk menasihati

Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara.

Fungsi Jawatankuasa Eksekutif

Suggest a correction

Seksyen 11

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 11

Open as pageSuggest a correction

Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menentukan hala tuju Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan Nasional dalam mencegah jenayah kewangan;

Suggest a correction

(b)

untuk meluluskan dan memantau mana-mana operasi bersepadu;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat syor kepada Lembaga Penasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 822

Suggest a correction

(d)

untuk menentukan polisi operasi yang berhubungan dengan operasi bersepadu dan sistem data berpusat dan untuk memberi perundingan mengenai garis panduan bagi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional;

Suggest a correction

(e)

untuk membangunkan hala tuju strategik dan perancangan

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional;

Suggest a correction

(f)

untuk memastikan pelaksanaan nasihat oleh

Lembaga Penasihat; dan

Suggest a correction

(g)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya atau bagi menjalankan peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

PELANTIKAN KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA

Suggest a correction

PENGARAH DAN PEGAWAI PUSAT PENCEGAHAN

JENAYAH KEWANGAN NASIONAL YANG LAIN

Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perdana Menteri hendaklah melantik seorang

Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2), masing-masing, hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun—

(a)

dalam hal pelantikan sebagai Ketua Pengarah, sebagaimana yang Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

Perdana Menteri, fikirkan wajar; atau

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 13

Suggest a correction

(b)

dalam hal pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebagaimana yang Perdana Menteri fikirkan wajar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), jika Ketua Pengarah atau

Timbalan Ketua Pengarah dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, tempoh pelantikan Ketua Pengarah atau

Timbalan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula—

(a)

dalam hal pelantikan sebagai Ketua Pengarah, oleh

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri;

atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, oleh Perdana Menteri, secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), tempoh bagi pelantikan semula Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah secara kontrak tidak boleh melebihi tempoh yang dia dilantik di bawah subseksyen (3).

Suggest a correction

(6)

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi hala tuju, arahan dan kawalan mengenai semua perkara yang berhubungan dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Suggest a correction

(7)

Ketua Pengarah boleh, bagi melaksanakan sepenuhnya mana-mana peruntukan Akta ini, mengeluarkan apa-apa arahan, perintah atau keputusan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat tertakluk kepada peruntukan Akta ini.

Pelantikan pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional yang lain

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan

Ketua Pengarah, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau kawalan sebagaimana yang dinyatakan secara lisan atau secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

OPERASI BERSEPADU DAN SISTEM DATA BERPUSAT

Suggest a correction

Operasi bersepadu

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan Nasional hendaklah mempunyai kuasa untuk menyelaras dan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa mengenai perkara yang berhubungan dengan operasi bersepadu.

Sistem data berpusat

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maklumat dan data yang dianalisis dalam sistem data berpusat boleh digunakan bagi merancang dan menyelaras operasi bersepadu dan bagi mencegah jenayah kewangan.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud sistem data berpusat, Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan Nasional boleh—

(a)

meminta atas inisiatifnya sendiri atau menerima apa-apa maklumat dan laporan yang berkenaan daripada mana-mana orang, Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa bagi maksud apa-apa operasi bersepadu atau pencegahan jenayah kewangan;

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 15

Suggest a correction

(b)

tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), menghantar apa-apa maklumat dalam sistem data berpusat, atau menghantar mana-mana data yang dianalisis dalam sistem data berpusat, kepada mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa; dan

Suggest a correction

(c)

membangunkan polisi dan garis panduan operasi yang berhubungan dengan sistem data berpusat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa boleh, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai, memberi maklumat kepada Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan Nasional yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional fikirkan patut bagi maksud apa-apa operasi bersepadu atau bagi pencegahan jenayah kewangan.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa maklumat yang diterima oleh Pusat Pencegahan

Jenayah Kewangan Nasional di bawah subseksyen (4) boleh dihantar kepada mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa yang lain tertakluk kepada takat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai yang mengawal penzahiran maklumat itu.

Kuasa untuk mengumpul maklumat

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

memberi dan mengemukakan kepada Pusat Pencegahan

Jenayah Kewangan Nasional, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, apa-apa maklumat atau dokumen itu;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 822

Suggest a correction

(b)

membuat salinan apa-apa dokumen itu dan mengemukakan salinan itu kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; atau

Suggest a correction

(c)

hadir di hadapan seorang pegawai Pusat Pencegahan

Jenayah Kewangan Nasional pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis itu untuk memberikan apa-apa maklumat.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang menerima suatu notis bertulis di bawah subseksyen (1), hendaklah—

(a)

memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu;

Suggest a correction

(b)

memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap; dan

Suggest a correction

(c)

memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai, memberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional apa-apa maklumat yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional fikirkan patut bagi maksud pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada suatu notis bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pemberian itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau bagi apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 17

Suggest a correction

(5)

Subseksyen (4) tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional menurut seksyen ini.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian VII

Bahagian VII

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis,

Pendakwa Raya.

Seksyen 18

Kewajipan kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atau anggota Lembaga Penasihat atau Jawatankuasa

Eksekutif, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa melaksanakan kewajipannya; dan

Suggest a correction

(b)

tiada orang lain yang mempunyai, melalui apa-apa cara, akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan Nasional boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 822

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional, Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Eksekutif, mana-mana pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, atau mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi mematuhi apa-apa arahan, petunjuk atau perintah Ketua Pengarah atau pegawai

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 20

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan

Open as pageSuggest a correction

Eksekutif, mengeluarkan garis panduan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan fungsi Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan Nasional.

Seksyen 21

Kuasa untuk meminda Jadual

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.

Seksyen 22

Penyampaian notis

Open as pageSuggest a correction

(a)

secara ke diri kepada orang itu;

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 19

Suggest a correction

(b)

dengan menghantar notis atau dokumen lain itu kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau

Suggest a correction

(2)

Suatu notis atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa notis atau dokumen lain itu sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis atau dokumen lain itu telah dialamatkan—

(a)

dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain—

Suggest a correction

(i)

ke pejabat berdaftarnya;

(iii)

kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir yang diketahui.

Pekhidmat awam

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 23

Tiap-tiap pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Open as pageSuggest a correction

Nasional, atau anggota Lembaga Penasihat atau Jawatankuasa

Eksekutif, atau pegawai mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa, semasa menunaikan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 24

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional, Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Eksekutif atau mana-mana pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 822

Seksyen 25

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

Open as pageSuggest a correction

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional sebagai persediaan bagi dan pada pelaksanaan apa-apa peruntukan Akta ini yang sewajarnya dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan yang berkaitan dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional daripada apa-apa perkara yang dilakukan atau apa-apa perbelanjaan yang ditanggung hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Jadual

Suggest a correction

Jadual

[Seksyen 2]

KESALAHAN YANG DISENARAIKAN SEBAGAI JENAYAH KEWANGAN

Kesalahan di bawah Jadual Kedua kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang

Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti

Haram 2001 [Akta 613].

Common questions

What is AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019?
AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 is Malaysia Act, cited as Act 822 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Is AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 still in force?
Yes — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 is currently in force.
When did AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 take effect?
AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 was first recorded in 2019.
How many sections does AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 have?
AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 contains 25 sections.
Where can I read the official version of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019?
The official text of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 (No. 822)