Skip to content

Section 44

Pemeriksaan entiti fizikal

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 44 of 60
Section 44
(1)

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, pegawai yang ditugaskan boleh memeriksa mana-mana entiti fizikal dan mengambil gambar entiti fizikal tersebut.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika entiti fizikal tersebut ditemui di mana-mana premis, pegawai yang ditugaskan boleh, tertakluk kepada kebenaran pemunya premis tersebut atau orang yang menghuni premis tersebut, memasuki premis tersebut pada masa yang munasabah pada waktu siang.

(3)

Jika perlu, pegawai yang ditugaskan hendaklah antara lainnya menanda, memeterai, memastikan keselamatan, menimbang, mengira atau mengukur mana-mana entiti fizikal yang diperiksa di bawah subseksyen (1).

Pengumpulan sampel, dsb.