Section 45
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
Section 45
Seorang pegawai yang ditugaskan boleh, tanpa sebarang bayaran, memohon untuk mendapatkan atau menyimpan sampel entiti fizikal dari mana-mana orang yang mempunyai milikan ke atas entiti fizikal tersebut, yang dia percaya mengandungi maklumat berkaitan dengan atau relevan bagi maksud penyelidikan keselamatan jalan raya, dan, setelah menerima sampel itu, memeriksa atau menganalisis semua kandungan fizikal atau kimianya dan apa-apa benda yang dia percaya digunakan atau boleh digunakan untuk pereka bentukan, pembinaan, pembuatan, penyimpanan, pengedaran atau penjualan entiti fizikal tersebut.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 748
(2)
Bagi maksud seksyen 43, 44 dan 45—
(a)
setiap pegawai yang ditugaskan hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan jika diminta menunjukkan kepada orang yang diambil tindakan olehnya, kad kuasanya; dan
(b)
mana-mana orang boleh menolak permintaan atau arahan pegawai yang ditugaskan jika pegawai tersebut enggan mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kad kuasanya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.