Section 7
Kuasa Institut
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
Institut hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Institut hendaklah termasuk kuasa—
(a)
untuk mengenakan fi atau caj berhubung dengan apa-apa aktiviti atau perkhidmatan yang diberikan oleh Institut atau penggunaan kemudahan Institut, dan untuk mengutip dan menerima wang yang berkenaan dengannya;
(b)
untuk memperoleh hak yang berkaitan dengan apa-apa dapatan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya yang dimiliki oleh mana-mana orang atau organisasi;
(c)
untuk memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan apa-apa dapatan penyelidikan berkaitan keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh atau untuk
Institut, atau hak dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Institut; dan
(d)
untuk melantik mana-mana orang atau badan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan keselamatan jalan raya bagi pihak
Institut.
Kuasa tambahan Institut