Malaysia legislation
Section 6
Section 6
Fungsi Institut adalah—
(a)
untuk menjalankan penyelidikan yang menyeluruh ke atas keselamatan jalan raya, dan memberikan hala tuju umum untuk aktiviti berkenaan dengan penyelidikan keselamatan jalan raya;
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 11
(b)
untuk membantu dalam pembangunan objektif, dasar dan keutamaan nasional bagi pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur;
(c)
menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berasaskan kepada perkembangan terkini berkaitan dengan isu berhubung dengan keselamatan jalan raya;
(d)
untuk meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap keselamatan jalan raya;
(e)
untuk mencadangkan penyelesaian yang praktikal dengan keberkesanan optimum terhadap isu keselamatan jalan raya;
(f)
untuk mengumpul, menganalisis dan menguruskan data berhubung dengan keselamatan jalan raya;
(g)
untuk membangunkan, mempromosikan penggunaan, menambahkan nilai dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya;
(h)
untuk mengumpul, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat berhubung dengan dapatan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya dengan cara menerbitkan atau menaja penerbitan terbitan berkala, jurnal, buku dan apa-apa cara lain yang ada, dan untuk menyediakan khidmat perundingan dan nasihat mengenai isu keselamatan jalan raya;
(i)
untuk merancang dan menilai program keselamatan jalan raya, dan untuk menjalankan latihan berhubung dengannya;
(j)
untuk mengkaji semula piawaian dan hasil pembelajaran kurikulum bagi kursus memandu yang disediakan oleh institusi memandu dan mengaudit tanda aras berkenaan dengan sistem penyampaian institusi memandu;
(k)
untuk mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan oleh organisasi pemeriksaan kenderaan;
(l)
untuk menjadi anggota, bergabungan dengan atau menjalin hubungan dengan mana-mana organisasi lain, kedua-dua awam dan swasta, tempatan dan asing, yang mempunyai fungsi atau aktiviti yang serupa dengan fungsi dan aktiviti
Institut termasuk organisasi yang melibatkan diri dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosiologi berkaitan keselamatan jalan raya; dan
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 748
(m)
untuk bekerjasama dengan mana-mana orang, persatuan atau organisasi, kedua-dua tempatan dan asing, dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi Institut secara efektif.
Kuasa Institut