Malaysia legislation
Section 25
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002
Seksyen 25
Kuasa Ketua Pendaftar berkenaan dengan daftar pemilih
(2)
Tertakluk pada subperaturan (5), Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, membuat apa-apa perubahan atau pertukaran kepada daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud—
(a)
melaksanakan keputusan mana-mana Pendaftar atau Pegawai
Pengadil mengenai apa-apa tuntutan atau bantahan;
(b)
membetulkan apa-apa kesilapan atau peninggalan tentang butir-butir pendaftaran mana-mana orang;
(c)
memasukkan apa-apa butir baharu tentang pendaftaran mana-mana orang;
(d)
memotong mana-mana catatan yang tidak diperlukan dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan;
(e)
memotong nama mana-mana orang yang Ketua Pendaftar berpuas hati sudah meninggal dunia;
(f)
memotong nama mana-mana orang yang telah melepaskan, atau yang telah dengan sah dilucutkan, kewarganegaraannya;
(g)
memotong nama mana-mana orang yang, pada pendapat
Ketua Pendaftar, tidak berhak, kerana apa-apa sebab, untuk terus dikekalkan atau ada dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan; atau
(h)
mengemaskinikan kategori mana-mana pemilih berdaftar.
(3)
Jika sesuatu kesilapan telah menyebabkan mana-mana orang didaftarkan sebagai seorang pemilih bagi suatu kawasan pendaftaran yang bukan kawasan pendaftaran yang berkenaan dengannya orang itu sepatutnya telah didaftarkan, Ketua Pendaftar boleh memasukkan nama orang itu ke dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan.
(4)
Pada menjalankan kuasa di bawah subperaturan (2)
dan (3), Ketua Pendaftar—
(a)
boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat; dan
(b)
boleh juga memberikan apa-apa perakuan atau perakuan-perakuan selanjutnya dengan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.
WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 22 2/14/22 8:23 AM
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih)
(5)
Tiada perubahan atau pertukaran menurut Peraturan-Peraturan ini boleh dibuat kepada daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan bagi sesuatu kawasan pendaftaran dalam tempoh yang bermula pada hari—
(a)
pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan
Negeri;
(b)
sesuatu kekosongan luar jangka disahkan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya; atau
(c)
pemberitahuan tentang kekosongan luar jangka itu oleh
Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan
Undangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, dan berakhir pada hari pilihan raya itu selesai.
(6)
Subperaturan (5) tidak terpakai bagi apa-apa perubahan atau pertukaran yang dibuat menurut peraturan 7 atau 8.
Keterangan dengan bersumpah