Malaysia legislation
Section 26
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002
Seksyen 26
Undang-Undang Malaysia 22
Seseorang Pendaftar atau Pegawai Pengadil boleh, bagi maksud menimbangkan atau memutuskan apa-apa permohonan, tuntutan, bantahan atau rayuan yang dia dikehendaki menimbangkan atau memutuskan di bawah Peraturan-Peraturan ini, memanggil mana-mana orang supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan dengan bersumpah atau berikrar, dan boleh mentadbirkan mana-mana sumpah atau ikrar itu bagi maksud itu, dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan apa-apa isu yang pegawai itu dikehendaki menimbangkan dan memutuskan.