Seksyen 29
Perihalan nama dan tempat yang tidak tepat
of Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002
Tiada salah sebutan nama atau perihalan yang tidak tepat mengenai mana-mana orang atau tempat yang dinamakan atau diperihalkan dalam mana-mana daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan atau dokumen lain yang disediakan atau dikeluarkan di bawah atau bagi maksud Peraturan-Peraturan ini boleh dengan apa-apa cara menyentuh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini mengenai orang atau tempat itu jika orang atau tempat itu dinyatakan dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan atau dokumen itu secara yang boleh dikenal pasti.
WJW22/0142 P.U.
293BM.indd 24 2/14/22 8:23 AM
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih)
25