Malaysia legislation

Section 30

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 30

Penyiaran notis

Jika apa-apa notis dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini supaya disiarkan dan, pada pendapat pihak berkuasa yang dikehendaki menyiarkan notis itu, cara penyiaran yang ditetapkan itu tidak memberikan publisiti yang cukup tentang notis itu, maka dia boleh, selain menyiarkan notis itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini, mempamerkan salinan notis itu pada tempat-tempat yang mudah dilihat di dalam bahagian pilihan raya yang dengannya notis itu berhubungan atau mengambil apa-apa langkah lain yang difikirkannya perlu bagi memberikan publisiti tentang notis itu.

Section 30 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002