Malaysia legislation
Section 27
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002
Seksyen 27
Salinan percuma daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan
Pendaftar bagi mana-mana kawasan pendaftaran boleh, atas permintaan, memberikan secara percuma—
(a)
satu salinan daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan kepada setiap calon dalam sesuatu pilihan raya Parlimen atau kepada ejen pilihan rayanya;
WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 23 2/14/22 8:23 AM
Undang-Undang Malaysia 24
(b)
satu salinan mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan yang berhubungan dengan mana-mana bahagian pilihan raya
Negeri atau mana-mana bahagian-bahagian pilihan raya itu yang termasuk dalam kawasan pendaftaran itu kepada setiap calon dalam sesuatu pilihan raya Negeri bagi bahagian pilihan raya itu atau kepada ejen pilihan rayanya.
Penjualan daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan