Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

87. Kuasa pemeriksaan

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan sesuatu kes untuk hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

(2)

Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mahkamah di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.

Report

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules