Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

88. Pengemukaan dokumen, dsb

(1)

Semasa menjalankan penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; dan

(b)

memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik.

66

Undang-Undang Malaysia

(2)

Pegawai diberi kuasa boleh memberi kebenaran kepada mana-mana orang, sebagaimana yang perlu, untuk memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang ditahan dan diambil milikan oleh pegawai diberi kuasa.

Report

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules