Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XIII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XIII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Majistret berpuas hati bahawa terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta
Agensi Kelayakan Malaysia 67
ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai diberi kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
untuk memasuki mana-mana premis, jika perlu dengan kekerasan, yang telah digunakan atau hendak digunakan, bagi perlakuan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
untuk menggeledah dan menyita, dan mengalihkan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik—
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau
yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu;
atau
untuk menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah.
Bahagian XIV
Bahagian XV