Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian V

43. Pelantikan Pegawai Pelindung

(1)

Menteri, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat boleh melantik apa-apa bilangan

Pegawai Kebajikan Masyarakat, mana-mana pegawai awam lain atau mana-mana orang lain untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan seorang Pegawai Pelindung di bawah Akta ini tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.

(1a)

(Dipotong oleh Akta A1644).

(2)

Pegawai Pelindung hendaklah—

(a)

mempunyai kawalan ke atas dan tanggungjawab bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan di tempat perlindungan;

(b)

menjalankan siasatan dan menyebabkan supaya disediakan laporan mengenai orang yang diperdagangkan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini;

(c)

mempunyai kuasa untuk mengawasi orang yang diperdagangkan apabila diperintahkan oleh Majistret atau diarahkan oleh Menteri; dan

(d)

mempunyai apa-apa kuasa, kewajipan dan fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 48

Report