Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian V
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian V
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang diambil ke dalam jagaan sementara di bawah subseksyen 44(1) dan diperiksa dari segi perubatan di bawah seksyen 46 hendaklah dibawa ke hadapan Majistret dalam masa dua puluh empat jam—
apabila selesai pemeriksaan atau rawatan itu; atau
jika orang itu dimasukkan ke hospital, apabila dibenarkan keluar dari hospital.
Undang-Undang Malaysia 50
Jika adalah tidak mungkin untuk membawa orang itu ke hadapan Majistret dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah ditempatkan di tempat perlindungan sehingga suatu masa orang itu boleh dibawa ke hadapan Majistret.
Bahagian VI