Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian V
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian V
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, atas syak yang munasabah bahawa orang yang dijumpai atau diselamatkan ialah orang yang diperdagangkan, mengambil orang itu ke dalam jagaan sementara dan mengemukakan orang itu ke hadapan Majistret dalam masa dua puluh empat jam, tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan ke Mahkamah Majistret, bagi maksud memperoleh perintah perlindungan interim.
Majistret hendaklah membuat perintah perlindungan interim bagi orang yang ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh dua puluh satu hari bagi maksud menjalankan penyiasatan dan siasatan di bawah seksyen 51.
Pegawai penguat kuasa hendaklah, apabila memperoleh perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2), menyerahkan orang yang diperdagangkan itu kepada Pegawai Pelindung untuk menempatkan orang yang diperdagangkan itu di tempat perlindungan yang dinyatakan dalam perintah.
Bahagian VI