Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian V

45. Orang dalam jagaan sementara yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan

(1)

Jika seseorang pegawai penguat kuasa yang mengambil seseorang ke dalam jagaan sementara di bawah subseksyen 44(1)

berpendapat bahawa orang itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, pegawai penguat kuasa boleh, daripada mengemukakan orang itu ke hadapan Majistret, membawanya kepada pegawai perubatan.

(2)

Jika pada masa diambil ke dalam jagaan sementara, orang itu adalah pesakit di dalam hospital, pegawai penguat kuasa boleh meninggalkan orang itu di hospital itu.

Report