Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini, tiada agent provocateur boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat, atau telah bersubahat atau terlibat dalam konspirasi jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana agent provocateur tidaklah menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah gagal untuk menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 59