Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian VI · Pelbagai
63. Penalti am dan penalti lebih berat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu boleh, apabila disabitkan—
jika suatu denda ditentukan di bawah seksyen yang berkenaan, dikenakan denda yang tidak kurang daripada tiga kali denda maksimum yang ditentukan; dan
jika tiada denda ditentukan—
berhubung dengan seksyen 15a dan 26c, dikenakan denda minimum sebanyak lima juta ringgit; dan
dalam apa-apa hal lain, dikenakan denda minimum sebanyak satu juta ringgit.
Jika, selepas disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini, seseorang itu kemudiannya melakukan suatu lagi kesalahan di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila disabitkan, bagi kesalahan yang kemudiannya, dihukum dengan penalti yang lebih berat yang hendaklah tidak kurang daripada penalti yang telah dikenakan ke atasnya untuk kesalahan yang terdahulu.
Undang-Undang Malaysia 62
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh seseorang yang telah dibuktikan di mahkamah bahawa dia telah bertindak bersesama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain semasa melakukan kesalahan itu, orang itu hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penalti yang lebih berat yang hendaklah merupakan suatu penalti yang lebih keras daripada penalti yang boleh dikenakan ke atasnya jika dia bertindak seorang diri.