Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, apabila pada hematnya perlu atau suai manfaat berbuat sedemikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali yang berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam
Akta ini sebagaimana yang difikirkannya patut, tetapi Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, adaptasi, variasi, pengubahan, dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
*CATATAN—lihat seksyen 17 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
(Pindaan) 2022 [Akta A1500] m.b.p 18 November 2015 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
“Kecualian