Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

61. Kebolehterimaan terjemahan dokumen

(1)

Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai penguat kuasa.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai penguat kuasa di dalam atau di luar Malaysia.

Kebolehterimaan deposisi orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup yang tidak dapat dikesan 61a.  (1)  Walau apa jua pun yang terkandung dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika dalam mana-mana prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini keterangan mana-mana orang yang berkenaan dengannya suatu perintah pemindahan dari Malaysia telah dibuat oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen 32 atau 33 atau subseksyen 56(2)

Undang-Undang Malaysia 60

Akta Imigresen 1959/63 dikehendaki oleh mahkamah, maka apa-apa deposisi yang berhubungan dengan hal perkara prosiding itu yang dibuat oleh orang itu—

(a)

di Malaysia di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atau

Majistret dalam kehadiran atau ketidakhadiran orang yang dipertuduh dengan kesalahan itu; atau

(b)

di luar Malaysia di hadapan pegawai konsular atau pegawai kehakiman negara asing dalam kehadiran atau ketidakhadiran orang yang dipertuduh dengan kesalahan itu, hendaklah menjadi keterangan boleh diterima di hadapan mahkamah itu dan apa-apa deposisi sedemikian hendaklah, tanpa bukti lanjut, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalam deposisi itu.

(2)

Mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding tidak perlu untuk membuktikan tandatangan atau sifat rasmi Hakim Mahkamah

Sesyen, Majistret, pegawai konsular atau pegawai kehakiman yang di hadapannya deposisi di bawah subseksyen (1) itu dibuat.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, sebutan mengenai—

(a)

suatu “deposisi” termasuklah apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat atas sumpah; dan

(b)

suatu “sumpah” termasuklah suatu ikrar atau akuan dalam hal orang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk membuat ikrar atau akuan sebagai ganti membuat sumpah.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan apa-apa deposisi lain diterima sebagai keterangan.

Report