Seksyen 46
Gangguan elektrik terhadap talian pengisyarat Kerajaan
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa pengerjaan atau pengendalian apa-apa pepasangan, infrastruktur pemeteran, telepemeteran, aplikasi komunikasi atas talian bekalan, menyebabkan gangguan elektrik terhadap mana-mana proses atau litar komunikasi atau proses atau litar pengisyarat elektrik lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau mana-mana pihak berkuasa bekalan, Suruhanjaya hendaklah meminta pemunya atau pemegang lesen memberhentikan gangguan itu, dan jika, dalam tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 447
yang didapati munasabah oleh Suruhanjaya mengikut apa-apa hal keadaan tertentu, gangguan itu tidak diberhentikan dengan berkesan, Suruhanjaya hendaklah melaporkan perkara itu kepada
Menteri yang boleh menurut budi bicaranya—
(a)
dalam hal pepasangan berlesen, memerintahkan penggantungan lesen;
(b)
dalam hal pepasangan tidak berlesen, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian pepasangan itu;
atau
(c)
dalam hal mana-mana pepasangan lain, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian apa-apa bahagian pepasangan itu yang menyebabkan gangguan elektrik itu, sehinggalah perkiraan bagi menghalang berlakunya semula gangguan elektrik seperti yang disebut terdahulu telah dibuat sehinggakan memuaskan hati Suruhanjaya, dan jika, dalam hal pepasangan berlesen, tiada perkiraan sedemikian telah dibuat, Menteri boleh memerintahkan supaya lesen bagi pepasangan tersebut dibatalkan dengan mutlaknya.
(2)
Bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen kerana penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini, pemegang lesen boleh menuntut pampasan daripada
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa tiada tuntutan boleh dibenarkan dan tiada pampasan boleh dibayar jika gangguan elektrik yang disebut dalam subseksyen (1) telah disebabkan oleh suatu pepasangan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan mengenai pengawalseliaan gangguan elektrik yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan telegraf.
(3)
Jika tuntutan itu dibenarkan, pampasan hendaklah, melainkan jika diselesaikan melalui persetujuan bersama di antara Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pemegang lesen, ditentukan melalui timbang tara.
Bekalan Elektrik 81
Langkah pengawasan terhadap elektrik atmosfera