Seksyen 51
Kuasa khas darurat
Yang di-Pertuan Agong boleh apabila berlakunya apa-apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang membangkitkan suatu darurat, atau bagi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa Suruhanjaya untuk—
(a)
menggantungkan lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil milikan sementara mana-mana pepasangan pemegang lesen itu dan mengendalikannya mengikut cara sebagaimana yang difikirkan oleh Suruhanjaya patut;
atau
(b)
menarik balik sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana pepasangan atau kemudahan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
(2)
Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah bagi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Menteri, hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai perkara itu.