Akta Bekalan Elektrik 1990 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian X
47. Langkah pengawasan terhadap elektrik atmosfera
Feedback & supportMana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri atau mana-mana pengguna lain yang mengambil atau menggunakan elektrik daripada mana-mana pepasangan hendaklah, jika Suruhanjaya menghendaki sedemikian, memperuntukkan apa-apa kaedah bagi menghindarkan apa-apa risiko kerosakan kepada pepasangan itu melalui elektrik atmosfera sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah Akta ini.