Skip to content

Seksyen 49

Tatacara dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 50 of 57
Seksyen 49
(1)

Sekiranya Suruhanjaya mendapati bahawa ada apaapa kecacatan pada pepasangan atau bahagiannya yang pada pendapat

Suruhanjaya berkemungkinan menyebabkan bahaya, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada pemegang lesen atau pemunya, atau jika pemegang lesen atau pemunya itu tidak dapat dijumpai, ditampalkan di tempat di mana pepasangan itu terletak, menghendaki kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam

Undang-Undang Malaysia 82

Akta 447

notis itu, dan dalam hal sedemikian, pepasangan itu atau bahagiannya tidak boleh dikendalikan atau digunakan selepas habisnya tempoh yang dinyatakan melainkan jika kecacatan itu telah dibaiki atau dihapuskan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya:

Dengan syarat bahawa, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa kecacatan itu mungkin menyebabkan bahaya yang hampir benar berlaku, Suruhanjaya boleh, melalui notis yang ditampalkan atau disampaikan seperti yang disebut terdahulu, dengan serta-merta menggantungkan pengendalian dan penggunaan pepasangan itu, dan jika perlu, mengelak pepasangan itu atau bahagiannya sehingga kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan. Pepasangan itu atau bahagiannya tidak boleh dikendalikan atau digunakan selagi notis penggantungan itu belum dibatalkan dan lak itu tidak dialihkan oleh pegawai diberi kuasa.

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan dan orang yang menjaga mana-mana pepasangan apabila menyedari akan apa-apa kecacatan padanya yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan tiap-tiap pengguna apabila menyedari akan apa-apa kecacatan pada apa-apa kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, atau membuat laporan mengenainya kepada Suruhanjaya.

(3)

Jika pada pendapat Suruhanjaya bahawa apa-apa kecacatan pada pepasangan yang berkenaan dengannya sesuatu lesen berkuat kuasa adalah dari jenis yang tidak boleh dibaiki atau dihapuskan,

Suruhanjaya hendaklah mengadakan suatu siasatan dan, jika didapati oleh Suruhanjaya perlu berbuat demikian, hendaklah mengkenselkan lesen itu.

(4)

Pemegang lesen atau pemunya tidak berhak kepada pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya kerana penggantungan pengendalian dan penggunaan, dan pengelakan apa-apa pepasangan atau bahagiannya atau kerana penggantungan atau pengkenselan lesen di bawah seksyen ini.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

Bekalan Elektrik 83