Seksyen 48
Sekatan terhadap sambungan dengan bumi
Tiada seorang pun boleh, semasa penjanakuasaan, penghantaran, pembekalan atau penggunaan elektrik, membenarkan mana-mana bahagian talian bekalannya disambungkan dengan bumi kecuali sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah Akta ini, yang diperuntukkan dalam kod yang berkaitan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau dibenarkan dengan nyata oleh Suruhanjaya.
(2)
Sekiranya berlaku pelanggaran subseksyen (1), Suruhanjaya boleh melalui perintah bertulis menghendaki pemegang lesen atau pemunya mengalihkan sambungan itu dan boleh melarang penggunaan mana-mana talian atau kerja bekalan atau pepasangan sehinggalah perintah itu dipatuhi, dan tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah dipatuhi oleh orang berkenaan.