Skip to content

Seksyen 17

Kewajipan untuk menyimpan rekod

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 17 of 84
Seksyen 17
(1)

Tiap-tiap pengendali hendaklah menyimpan rekod yang lengkap, benar dan kemas kini bagi segala transaksi yang menyentuh atau mungkin menyentuh tanggungannya untuk memungut cukai

Cukai Pelancongan 19

pelancongan dalam buku akaun atau rekod lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berkaitan dengan rekod itu;

(b)

dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris; dan

(c)

disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Ketua Pengarah dan tertakluk pada syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu menjadi tersedia boleh diakses dan ditukar ke dalam tulisan.

(4)

Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum pertukaran itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.