Seksyen 20D
Pendaftaran pemberi perkhidmatan platform digital
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang membuat permohonan untuk didaftarkan di bawah subseksyen 20C(1) atau (3) berkuat kuasa dari hari pertama bulan yang berikutnya selepas permohonan itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah
Cukai Pelancongan 27
mempunyai kuasa untuk mendaftarkan mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang tidak berdaftar di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bulan yang berikutnya selepas maklumat yang berhubungan dengan pengendalian pemberi perkhidmatan platform digital diketahui atau diberitahu kepada Ketua
Pengarah.