Seksyen 20F
Invois, resit atau dokumen lain
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh premis penginapan yang disediakan atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, mengeluarkan suatu invois, resit atau dokumen lain dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa
Inggeris kepada pelancong berkenaan dengan premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian dan hendaklah menyatakan amaun cukai pelancongan yang kena dibayar secara berasingan daripada apa-apa caj lain yang dikenakan ke atas pelancong itu.
(2)
Invois, resit atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikeluarkan secara elektronik atau dalam bentuk fizikal.
(3)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.