Skip to content

Seksyen 20E

Pembatalan pendaftaran

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 25 of 84
Seksyen 20E
(1)

Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam Malaysia atau dikecualikan di bawah seksyen 9 daripada kehendak untuk mendaftar di bawah Bahagian VA hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang hakikat itu dan tarikhnya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian.

(2)

Apabila pemberitahuan di bawah subseksyen (1) diterima,

Ketua

Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pemberi perkhidmatan platform digital itu dari tarikh yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemberi perkhidmatan platform digital telah berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam Malaysia atau dikecualikan di bawah seksyen 9 daripada kehendak untuk mendaftar di bawah Bahagian VA, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftarannya dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam Malaysia atau dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital dikecualikan daripada kehendak untuk mendaftar atau dari tarikh yang terkemudian sedemikian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

28

Undang-Undang Malaysia