Seksyen 20J
Kewajipan menyimpan rekod
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah menyimpan rekod yang lengkap, benar dan kemas kini bagi segala transaksi yang menyentuh atau mungkin menyentuh tanggungannya untuk memungut cukai pelancongan dalam buku akaun atau rekod lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berkaitan
32
Undang-Undang Malaysia dengan rekod itu dan hendaklah tersedia untuk pemeriksaan oleh mana-mana pegawai kanan kastam.
(3)
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu menjadi tersedia boleh diakses dan ditukar ke dalam tulisan.
(4)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penyampaian notis, dsb.