Seksyen 20A
Pengenaan cukai pelancongan
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Walau apa pun seksyen 6, cukai pelancongan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan platform digital pada kadar yang ditetapkan mengikut seksyen 8.
(2)
Adalah menjadi kewajipan pelancong itu untuk membayar cukai pelancongan kepada pemberi perkhidmatan platform digital.
(3)
Jika cukai pelancongan bagi premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian telah dibayar oleh pelancong kepada pemberi perkhidmatan platform digital, pengendali tidak boleh memungut cukai pelancongan daripada pelancong itu, dengan syarat bahawa pelancong itu hendaklah mengemukakan bukti pembayaran itu.
Kewajipan pemberi perkhidmatan platform digital untuk memungut cukai pelancongan dan membayar cukai pelancongan yang dipungut kepada Ketua Pengarah