Skip to content

Seksyen 22

Pembayaran balik cukai pelancongan, dsb., yang terlebih bayar atau tersilap bayar

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 33 of 84
Seksyen 22
(1)

Mana-mana orang yang terlebih bayar atau tersilap bayar apa-apa cukai pelancongan, penalti, surcaj atau apa-apa wang lain boleh membuat suatu tuntutan baginya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh enam tahun dari masa pembayaran lebih atau pembayaran tersilap itu berlaku.

(2)

Apabila tuntutan di bawah subseksyen (1) diterima, Ketua

Pengarah boleh membayar balik cukai pelancongan, penalti, surcaj atau apa-apa wang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sepatutnya.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik yang dituntut di bawah seksyen ini setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut mengayakan orang yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Suatu tuntutan di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan apa-apa keterangan yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tuntutan untuk pembayaran balik di bawah seksyen 8.