Seksyen 24
Pemotongan daripada penyata bagi cukai pelancongan yang dibayar balik
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Ketua Pengarah boleh meluluskan, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan, sesuatu permohonan oleh mana-mana pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital untuk memotong dari semasa ke semasa daripada penyata cukai pengendali atau penyata cukai pemberi perkhidmatan platform digital itu yang disebut dalam subseksyen 19(1) atau subseksyen 20I(1) amaun cukai pelancongan yang telah dibayar tetapi kemudiannya dibayar balik kepada pelancong oleh sebab—
(a)
pembatalan penginapan; atau
(b)
apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah membuat potongan yang disebut dalam subseksyen (1)
dalam masa satu tahun selepas pembayaran balik cukai pelancongan itu dibuat, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
36
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk memungut cukai pelancongan, dsb., daripada orang yang berhutang wang dengan pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital