Skip to content

Seksyen 28

Mendapatkan balik cukai pelancongan, dsb., yang tersilap dibayar balik

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 39 of 84
Seksyen 28
(1)

Jika apa-apa cukai pelancongan, penalti, surcaj atau apa-apa wang lain selepas dibayar telah tersilap dibayar balik kepada mana-mana orang, orang itu hendaklah membayar cukai pelancongan, penalti, surcaj atau apa-apa wang lain yang tersilap dibayar balik kepadanya apabila suatu tuntutan dibuat oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Tuntutan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh Ketua Pengarah dalam tempoh enam tahun dari tarikh pembayaran balik itu dibuat.