Seksyen 30
Mendapatkan balik cukai pelancongan dalam hal keadaan lain
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Jika suatu invois, resit atau dokumen lain menunjukkan suatu penyediaan penginapan sebagai telah berlaku dengan cukai pelancongan yang boleh dikenakan ke atasnya, maka hendaklah boleh didapatkan balik daripada orang yang mengeluarkan invois, resit atau dokumen lain itu suatu amaun yang bersamaan dengan amaun yang ditunjukkan pada invois, resit atau dokumen lain itu sebagai cukai pelancongan bagi penyediaan penginapan itu.
(2)
Subseksyen (1) hendaklah terpakai walaupun—
(a)
invois, resit atau dokumen lain itu, yang menyatakan suatu amaun yang berupa sebagai cukai pelancongan sebagai dikenakan, bukan suatu invois, resit atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah seksyen 14 atau seksyen 20F;
(b)
invois, resit dan dokumen lain itu telah dikeluarkan oleh seseorang yang bukan⎯
Cukai Pelancongan 41
(i)
pengendali yang berdaftar di bawah seksyen 12;
atau
(ii)
pemberi perkhidmatan platform digital yang berdaftar di bawah seksyen 20D, yang baginya suatu amaun yang berupa sebagai cukai pelancongan boleh dikenakan; atau
(c)
invois, resit atau dokumen lain itu telah dikeluarkan oleh seseorang yang telah menyediakan suatu produk atau perkhidmatan selain penginapan yang baginya suatu amaun yang berupa sebagai cukai pelancongan telah dikenakan, dan apa-apa amaun yang berupa sebagai cukai pelancongan hendaklah dibayar dengan serta-merta oleh orang itu kepada Ketua
Pengarah dan, jika dia ingkar membayarnya, amaun itu boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada
Kerajaan.
Tanggungan bersesama dan berasingan bagi pekongsi, pegawai, anggota jawatankuasa atau pengarah