Skip to content

Seksyen 31

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 42 of 84

Seksyen 31

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, jika cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar oleh suatu firma, pertubuhan, persatuan, syarikat dan mana-mana kumpulan orang yang lain, pekongsi kepada firma itu, pegawai atau anggota jawatankuasa pertubuhan atau persatuan itu, pengarah syarikat itu atau kumpulan orang yang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bersama-sama dengan firma, pertubuhan, persatuan, syarikat atau kumpulan orang yang lain itu secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain itu.

(2)

Berhubung dengan sesuatu syarikat yang sedang digulungkan, pengarah syarikat itu hanya bertanggungan sedemikian jika aset

42

Undang-Undang Malaysia syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang kena dibayar, selepas membayar apa-apa jumlah yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain itu.

BAHAGIAN VIA

KETETAPAN