Skip to content

Seksyen 29

Mendapatkan balik cukai pelancongan, dsb., sebagai hutang sivil

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 40 of 84
Seksyen 29
(1)

Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, apa-apa cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar dan apa-apa penalti, surcaj atau apa-apa wang lain yang kena dibayar, oleh pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital di bawah Akta ini boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada

Kerajaan.

(2)

Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan balik cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain, jika ada, di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani

40

Undang-Undang Malaysia oleh Ketua Pengarah yang menyatakan nama dan alamat pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital dan amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar, jika ada, oleh pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah menjadi keterangan yang cukup bagi amaun yang kena dibayar sedemikian olehnya dan kuasa yang cukup bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.

(3)

Apa-apa penalti atau surcaj yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953

[Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau

Ordinan Had Masa Sarawak [Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan balik seolah-olah penalti atau surcaj itu ialah cukai pelancongan yang genap masanya dan kena dibayar di bawah

Akta ini dan dengan yang demikian subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan Had Masa

Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai bagi penalti atau surcaj itu