Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan

98. Section 98

Feedback & support
(1)

Jika amaun dalam kredit Kumpulan Wang Pampasan tidak cukup untuk membolehkan dibayar kesemua amaun tuntutan-tuntutan terhadapnya iaitu tuntutan-tuntutan yang telah dibenarkan, di bawah Bahagian ini maka amaun dalam kredit itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dibahagi antara pihakpihak menuntut itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan saksama oleh syarikat bursa; dan mana-mana tuntutan itu hendaklah, setakat yang masih belum dibayar, dipertanggungkan kepada wang-wang yang akan diterima seterusnya oleh Kumpulan Wang Pampasan itu dan dibayar daripada Kumpulan Wang Pampasan apabila wang ada di dalam Kumpulan Wang Pampasan.

(2)

Jika agregat bagi semua tuntutan untuk pampasan yang telah dibenarkan di bawah Bahagian ini mengenai kemungkiran yang menimbulkan tuntutan-tuntutan itu melebihi jumlah amaun yang boleh dibayar di bawah Bahagian ini mengenai mana-mana anggota yang bersangkut-paut dalam kemungkiran itu, maka jumlah amaun itu hendaklah dibahagi antara pihak-pihak menuntut itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan saksama oleh syarikat bursa; dan apabila jumlah amaun itu dibayar daripada Kumpulan Wang Pampasan mengikut pembahagian itu—

(a)

semua tuntutan itu; dan

(b)

semua tuntutan lain untuk pampasan yang mungkin timbul atau dibuat kemudian dari itu berkenaan dengan kemungkiran itu, adalah selesai dengan mutlaknya.

Report

Bahagian X

Bahagian X Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Schedules