Skip to content

Seksyen 72

Peruntukan khas berhubung dengan pernyataan, dsb. yang tidak betul, di bawah seksyen 71

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 133 of 190
Seksyen 72
(1)

Apabila sesuatu pernyataan atau pengakuan itu, sama ada secara lisan atau bertulis, atau sesuatu perakuan atau lain-lain dokumen itu sebagaimana yang disebut dalam perenggan 71(a), (b), (c) dan (e)

telah dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul atau dilancung atau dipalsukan pada kesemuanya atau pada sebahagiannya, maka tidaklah menjadi pembelaan mengatakan bahawa pernyataan atau pengakuan, perakuan atau dokumen lain itu telah dibuat atau digunakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau bahawa orang yang menandatanganinya itu tidak sedar akan, atau tidak faham akan kandungan, dokumen itu; atau jika sesuatu pernyataan atau pengakuan telah dibuat atau direkodkan dalam Bahasa

Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris secara diterjemahkan daripada sesuatu bahasa lain bahawa pernyataan atau pengakuan itu telah salah diterjemahkan oleh atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh seseorang jurubahasa yang diadakan oleh orang yang membuat akuan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen 71 dan seksyen ini, “dipalsukan”

berhubung dengan sesuatu dokumen hendaklah disifatkan sebagai meliputi sesuatu dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir matan, dan “memalsukan” mempunyai erti yang serupa.

124 Undang-Undang Malaysia AKTA 176