Skip to content

Seksyen 73

Penalti bagi enggan menjawab soalan atau bagi memberi maklumat palsu

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 134 of 190
Seksyen 73
(1)

Sesiapa jua, yang dikehendaki oleh Akta ini memberi apa-apa maklumat yang mungkin munasabah dikehendaki daripadanya oleh pegawai yang hak dan yang adalah dalam kuasanya untuk memberi, atau mengemukakan kepada pegawai itu dokumen-dokumen yang adalah dalam kuasanya untuk mengemukakan, enggan memberi maklumat itu atau memberi sebagai benar maklumat yang ia ketahui atau ada sebab mempercayai sebagai palsu, atau enggan mengemukakan dokumen itu boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Apabila sesuatu maklumat itu dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada kesemuanya atau pada sebahagiannya, maka tidaklah menjadi pembelaan mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripadanya telah diberi dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau telah salah diterjemahkan atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh seseorang jurubahasa yang diadakan oleh pemberi maklumat itu.

Penalti bagi perbuatan melarikan duti eksais dan bagi mengilang secara menyalahi undang-undang barang-barang berduti