Akta Eksais 1976 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian XII · Kesalahan dan Penalti
75. Penalti bagi memiliki alat suling, dsb
Feedback & supportTiap-tiap orang, lain daripada seseorang yang dilesen atau dikecualikan daripada dilesen di bawah subseksyen 20(1), yang dengan diketahuinya menyimpan atau ada dalam miliknya sesuatu alat suling, perkakas atau alat lain untuk menyuling, menapai ataupun mengilang barang-barang berduti atau apa-apa jentera untuk mengilang tembakau, boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, atau penjara dan denda itu kedua-duanya.