Skip to content

Seksyen 74A

Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan data yang disimpan dalam komputer

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 136 of 190
Seksyen 74A

(a)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan dalam, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;

(b)

memasukkan ke dalam, atau merekod atau menyimpan di dalam, suatu komputer dengan apa-apa cara data bagi maksud—

(i)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan dalam komputer itu; atau

(ii)

mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan sah komputer itu, atau data yang disimpan di dalam komputer itu; atau

(c)

dengan cara lain menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengurangkan, mengelak atau lari daripada apa-apa tanggungan terhadap duti eksais, yang dikenakan atau yang sepatutnya dikenakan oleh Akta ini, atau untuk menggagalkan mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu

130 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Dalam seksyen ini, “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada suatu program komputer.